Saturday 11 January 2020

Kursus Asas Bahasa Arab

السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 Sukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran bagi Kursus Asas Bahasa Arab menerusi Surah al-Fatihah telah dibuka. Kursus akan diadakan seperti butiran berikut:
  • Tarikh: 18 Januari 2020
  • Masa: 9.00 pagi – 1.00 tengahari
  • Tempat: Semat Qur’an Sg Buloh, B-G-14, Jalan Seroja 1/6, SBCR Saujana Utama, 47000 Sg Buloh, Selangor.
Para peserta juga akan mempelajari:
  • Asas Terjemahan
  • Asas Ilmu Nahu
Bahan pembelajaran dan makan tengahari disediakan. Tarikh tutup pendaftaran adalah 15 Januari 2020.
إن شاء الله 
Untuk pendaftaran hubungi 012-3456703 / 03-60391556
بارك الله فيكم

Tuesday 21 November 2017

Kem Ulul Albab 3-8 Disember 2017

Al-Qur’an yang diturunkan dalam bahasa Arab adalah untuk menjadi panduan hidup manusia. Bagaimana pun masih ramai tidak berupaya membacanya, dan hanya mampu membunyikan kalimah-kalimah sahaja – tidak seperti bahan bacaan lain yang dibaca dengan kefahaman, dipelajari dan dikaji, walaupun bukan dalam bahasa ibunda. Ini tentunya memberi kesan terhadap bagaimana manusia itu dapat menjadikan al-Qur’an sebagai panduan hidupnya.
Menyedari isu ini, peserta kem akan diajarkan kaedah-kaedah asas terjemahan al-Qur’an dan tadabbur al-Qur’an agar mereka mempunyai kemahiran untuk mula menterjemah dan memahami bacaan al-Qur’an.
Pendaftaran telah dibuka dan penyertaan adalah dalam jumlah terhad. Hubungi pihak penganjur untuk mendaftar. Infak penajaan untuk anak-anak yatim, ibu tunggal, mualaf dan golongan yang memerlukan adalah juga diterima.



Thursday 13 October 2016

Bengkel Terjemahan al-Qur'an bulan Oktober

Pendaftaran masih dibuka. Terhad kepada 20 orang peserta pertama sahaja.
Tiada asas Bahasa Arab? Inilah masanya. Marilah mulakan langkah membina asas kefahaman untuk menterjemah dan memahami kalimah Bahasa Arab al-Qur'an.